Hidup ini....

Bismillahirrahmanirrohim

sekali lagi, kanvas dilakar.:)
setelah begitu lama blog ini dibiarkan.

hanya bunyi cengkerik dan anginn sepoi-sepoi bahasa 
mengalun rindu. ~

saya berminat untuk berkongsi,
perjalanan saya mencari Tuhan. 

sungguh, cemburu pada mereka yang mampu menjadikan kisah hidup mereka menjadi sebuah novel. Banyak sekali ilham yang Allah berikan pada mereka.

tapi saya, cukuplah rasa ketenangan ini sebagai inspirasi untuk menulis.

perjalanan mencari Tuhan. 

comel kannn..? :)

Dahulu, setiap perkara kebaikan yang dibuat tak kira lah siapa pun, kita pandang biasa saja. Setidaknya kita ucap, alhamdulillah, dy buat baik.

tapi berbeza sekarang, apabila saya mula merasai cambah-cambah keimanan apabila melihat mereka buat baik. rasa indah sekali berada dalam fitrah. Keislaman. Jujur, saya merasa islam itu sebagai satu fitrah. 

ya..bila kita diperintahkan menutup aurat, berbuat baik pada ibu bapa.. sesama manusia kita hormat. Indah kan?

dahulu, pernah saya kata..yang saya tak pandaai nasihat orang. fikiran saya sempit sikit masa tu. eheh. saya mula me'list'kan syarat nak nasihat orang. Dakwah lah senang cerita. padahal, tu semua alasan. 

saya gembira, sebab kita buat baik walau ciput mana pun, akan kembali pada Allah. Rasa macam segala yang kita buat, insyaAllah, tak ada yang sia-sia. itu untuk benda-benda baik lah.

kalau benda buruk pulak, saya rasa rugi. sebab nanti kita yang terbeban, kita yang tanggung. rasa macam tak tunai hak kat tubuh badan kita betul-betul. Iya, bayangkan

jantung

hati

kidney

otak

telinga

mata

dan lain-lain tu, anggota @ organ ni

sebenarnya kalu kita perasan mereka taat. Taat pada pencipta. Kita handle dy suruh buat jahat tiba-tiba, tak ke rasa yang kita dah langgar fitrah?

hati tak tenang. jiwa kacau. Hm. ini berdasarkan pemikiran saya lah.

sebab tu sekarang, saya rasa, saya tak segan segan lagi nak tegur diri sendiri, dan rasa amat perlu nasihat manusia kat luar sana. dan kerana itu juga, saya nasihat mereka, sebab saya rasa, mereka berhak tahu, sesuatu yang kita tahu tentang kebaikan. tentang islam.

Saya, tak rasa pun islam tu beban. Sebab  saya tahu, islam agama yang meraikan. islam adalah keringanan. tak beerti kita meringan-ringankan sangat. sebab tu ada nya perintah dan larangan Allah. macam sebuah sekolah, yang takda peraturan. pasti kucar kacir.

macam jalan raya, yang takda lampu isyarat, pasti berterabur kenderaan.

begitulah islam. perintah dan laranga Allah tu... indah kan? :)

(iluvislam.com)

semua perintah dan larangan Allah dalam al-Quran, juga hadis2 nabi Muhammad, bagi saya ibarat

signboard kat jalan raya, yang kalau kita tak ikut.. kita sesat. Bila kita ikut dengan baik,

insyaAllah, syurga tempat nya. :)
reddha Allah lebih  utama.

Ya, kita kan manusia biasa.. tak maksum, banyak dosa, dan macam-macam lagi. Tapi..

kita ada contoh ikutan yang terbaik.. kita ada, Rasulullah s.a.w. :) (sollu a'lannaabiy) 

subhanAllah,

indah kan... hidup ini?

*sambung lain kali*

Comments

Popular posts from this blog